Asslamualaikum..ermm,arini nk citer sket pasal Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini. Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The Hidden Hand yang paling berjaya!
Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah?kabalah ialah Sihir Kuno Yahudi. Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri ni, JK Rowling.Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.
Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.
Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.
Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita menyelesaikan kata kunci ini.
Kata Kunci Pertama- Edinburgh
Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk tmenyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.
Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri.
Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.
Rosslyn Chapel
Kata Kunci Kedua- UniversityOf Exeter
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah: 1. Alexandrian Hermetism
2. The Hermatic Art Of Alchemy
3. Kabbalah
4. Rosicrucianism and Freemasonry
5. Theosophy and Esotericism
6. The Esoteric Body
7. Sufism And Islamic Devotional Study
8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History
10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.
1 comment:
punyelah obses ngn cter ni..
thanx 4 d info..
Post a Comment