Saturday, September 05, 2009

cinta vs muslimah..-_-

salam ramadan...x tau nak ckp pe..so..
Sekadar berkongsi..... petikan dr Novel Tautan Hati, dr Fatimah Syarha Mohd Noordin
"Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,Mustahil cinta bertandang,Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,Cuma takrif `taaruf' dan 'serasi'
dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,Bukan taaruf melalui bercinta sakan,Islam mengajar serasi denganajaranTuhan,Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan. "
"Muslimah solehah bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah solehah dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.
Muslimah solehah juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
Muslimah solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Muslimah solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah solehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
Muslimah solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Muslimah solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. "
Muslimah solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh muslimah solehah ialah Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita.
Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan
dengan kehinaan pada zaman jahiliyah,
khususnya oleh kaum lelaki.
utk menjadi solehah, perlu tegas pd prinsip diri..(nasihat diri sendiri dan akhowat lain)
Jadilah seperti mawar berduri.. susah utk dipetik namun wangiannya sentiasa mekar n harum mewangi..menjadi rebutan sang kumbang.
"Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan."
Bukan senang nk jd solehah, tp x mustahil, bukan? bersama2lh kita mensolehahkan diri..
Jauhkan diri dr memikirkan bila jodoh kan datang.. Yakinlah dgn janji Pencipta. ALLAH mencipta kita. ALLAH tahu segala yg terbaik utk makhluk ciptaanNya. Maka, berdoalah dan bertawakallah kepada ALLAH.
"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) , maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (Ali Imran : 159-160)
p/s: Hidup, Jodoh, Rezeki, Ajal semuanya ditentukan ALLAH. ^_^
..........................................................................................................................................................................
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa... menyelubungi.....
dicopy dan diedit oleh..
nurhamizah ^_^

4 comments:

whitef4ng said...

woww,,!!seorang wanita berbicara mengenai JODOH,,CINTA...menarik!!
Ni petikan diambil dari ape yg dibaca dr internet:

-Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

-Lagi satu,,mencintai seseorang kerana Allah...emm tp bape ramai sgt yg mmpu buat mcm tu...just renung2kan la...kt keliling kte ni byk kawan yg bertanduk(org yg sdg berbicara ni pon same...)so,,konklusinye,,,jauhilah bercinta di zaman remaja nih!!

Akhir kata,kita tetap berteman, kita telah menyelesaikan masalah kita, marilah kita bekerja bersama-sama, saling membantu dan mengingatkan....

sekian,,salam

wardah07 said...

to whitef4ng

ermm..bagos komen anda..
thanx singgah blog saye...ahaks..
mencintai seseorang kerana Allah...emm betol3..
tp perlu ade cara bgimna nk
handle bende uh..
tp konsep cinta itu luas..
sptr yg tlh anda nyatakan..
ape2 pon..
singgle makes simple..
couple makes troble..
ha3..
oke3..adios~

*sepupu* said...

haha..bgus2..mizah~ =p

wardah07 said...

to *sepupu*
spe ni ha??
sepupu ade byk..yg mne satu??